Tags:

4 Tiang Utama Kejayaan Usahawan Internet

By Isai Monday, September 3, 2012
Bisnes Tudung
Setiap rumah yang dibina sudah pasti mempunyai tiang untuk memastikan bahawa binaan tersebut kukuh dan teguh. Tanpa tiang, maka perkara-perkara lain seperti dinding, atap, jendela, pintu dan sebagainya tidak akan dapat dipasang pada rumah tersebut.

Sama seperti rumah fizikal, rumah "kejayaan" untuk usahawan internet mempunyai tiangnya yang tersendiri untuk memastikan kejayaan tersebut akan teguh dan berterusan untuk jangkamasa yang panjang.

Dalam pada itu, di dalam kesempatan pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 4 tiang utama yang menjadi penentu kejayaan seseorang usahawan internet.

Mari kita mulakan...

1. Integriti

Saya mulakan dengan tiang pertama yang pada hemat saya perlu dikuasai terlebih dahulu berbanding dengan sebarang tiang lain.

Integriti yang saya maksudkan di sini adalah bersifat kepada keperibadian diri anda sebagai seorang individu. Secara mudahnya, seseorang individu yang berintegriti tinggi merujuk kepada seseorang yang mempunyai nilai moral yang tinggi seperti jujur, sopan, tegas dan amanah.

Malangnya integriti merupakan satu komoditi yang kurang dimiliki oleh ramai individu yang bergelar "usahawan internet" pada masa kini.

Pada masa kini, kita sering terdengar usahawan internet yang menipu orang lain seperti menjual produk yang tidak berkualiti, tidak membayar komisyen affiliate, menyalahgunakan gambar orang lain, menjalankan skim kaya dan juga mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.

Terus terang saya katakan di sini bahawa usahawan internet yang tidak memiliki integriti yang tinggi tidak akan dapat bertahan lama di dalam dunia perniagaan internet kerana lambat laun orang ramai akan dapat mengetahui keperibadian sebenar individu tersebut. Jika individu tersebut masih boleh bertahan, ianya disebabkan dia sering bertukar-tukar identiti seperti menggunakan nama yang lain untuk setiap laman web baru yang dihasilkannya. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada pergerakannya dikesan.

Saya boleh mengira dengan menggunakan 10 jari usahawan-usahawan internet yang masih lagi teguh sehingga kini selepas 10 tahun berada di dalam dunia perniagaan internet. Mereka ini merupakan individu yang mempunyai integriti yang tinggi. Oleh kerana itu, pasaran masih menyukai mereka dan masih setia bersama mereka sehingga kini.

Oleh itu, berusahalah untuk menjadi seorang usahawan internet yang berintegriti tinggi sebagai salah satu tiang kejayaan perniagaan internet anda.

2. Visi dan Misi

Walaupun ia adalah dua perkataan yang berbeza tetapi saya gabungkan menjadi satu tiang yang sama kerana ia mempunyai tujuan yang sama.

Visi secara mudahnya merujuk kepada apa yang ingin anda capai di penghujung pengembaraan anda. Oleh itu, sebagai seorang usahawan internet di antara visi yang boleh anda tetapkan sebagai contoh adalah seperti ingin berhenti dari kerja utama anda, ingin menjana pendapatan tambahan RM10,000 sebulan, ingin membeli kereta idaman anda atau ingin membawa keluarga anda untuk pergi melancong. Kesemua ini merupakan visi-visi mudah yang boleh ditetapkan oleh anda sebagai seorang individu. Sudah tentu jika anda merupakan seorang pemilik syarikat, anda mempunyai visi lain yang lebih menjurus kepada objektif penubuhan syarikat anda.

Misi pula merujuk kepada cara atau aktiviti yang ingin anda lakukan untuk mencapai visi anda tadi. Sebagai contoh, untuk mencapai impian anda untuk berhenti daripada pekerjaan utama, anda ingin menjadi seorang penjual terbaik di portal eBay yang menumpukan penjualan kepada barangan permainan. Atau misi anda ingin menjadi seorang usahawan internet yang memberi fokus kepada model perniagaan internet berbentuk affiliate untuk mencapai visi kewangan anda.

Secara mudahnya, visi merupakan titik akhir anda dan misi adalah cara bagaimana anda ingin sampai ke titik akhir tersebut.

Visi dan misi merupakan tiang yang penting kerana ia akan menjadi seperti nakhoda kepada keseluruhan pergerakan anda sebagai seorang usahawan internet. Lebih jelas visi dan misi yang anda inginkan maka akan lebih mudah dan pantas untuk anda sampai ke destinasi akhir anda.

Oleh itu, jika anda masih lagi belum memiliki visi dan misi yang jelas, luangkanlah sedikit masa untuk menggariskannya agar dapat memudahkan pengembaraan anda di dalam dunia perniagaan internet selepas ini.

3. Kreativiti

Setelah 10 tahun berada di dalam dunia perniagaan internet, saya boleh katakan bahawa kreativiti merupakan satu tiang penting di dalam kejayaan anda sebagai seorang usahawan internet.

Kreativiti yang saya maksudkan di sini bukan sahaja merujuk kepada kepandaian anda di dalam menghasilkan sesuatu perkara sebagai contoh seorang pereka grafik yang pandai menghasilkan rekaan laman web atau seorang penghasil produk digital yang bijak menghasilkan produk digital yang menarik.

Kreativiti yang saya fokuskan di sini adalah kreativiti anda di dalam menguruskan perniagaan internet anda.

Satu perkara yang konstan di dalam perniagaan internet adalah "perubahan" atau dalam pepatah bahasa inggeris, "The only constant thing in the world is change". Perubahan akan sentiasa berlaku di dalam dunia perniagaan internet. Sebagai contoh, beberapa tahun lepas, belum ada lagi usahawan internet yang menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran. Tetapi pada masa kini ia merupakan satu perkara yang biasa untuk melakukan promosi melaluinya. Begitu juga dengan beberapa jenis perisian yang dulu pernah kita gunakan tetapi kini sudah tidak relevan lagi.

Kesemua ini disebabkan oleh peredaran masa dan teknologi. Oleh itu, kita sebagai seorang usahawan internet juga perlu kreatif di dalam menyesuaikan diri dan perniagaan kita di dalam arus perubahan ini. Saya dapat melihat di sepanjang pengembaraan saya di dalam dunia perniagaan internet, usahawan-usahawan internet yang masih lagi berkembang pada masa kini adalah mereka yang kreatif di dalam menguruskan perniagaan mereka.

Ada di antara usahawan internet ini yang meninggalkan model perniagaan internet utama mereka untuk berkembang di dalam model perniagaan internet yang lain. Ada yang melakukan kombinasi pemasaran offline dan online untuk meningkatkan kejayaan perniagaan mereka dan ada pula yang mengubah strategi perniagaan mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat.

Pendek kata, kita perlu sentiasa berfikiran secara kreatif untuk menentukan kejayaan dan perkembangan perniagaan kita untuk jangkamasa panjang.

4. Network

Tiang terakhir yang ingin saya kongsi di dalam kesempatan ini adalah network atau jaringan persahabatan kita.

Sebagai seorang usahawan internet, kita tidak boleh lari dari menjalinkan perhubungan perniagaan dengan orang lain sama ada dengan sahabat jv untuk promosi produk, affiliate kita sendiri, pembekal barangan, pereka grafik, penulis artikel atau sebarang jaringan perhubungan lain yang dapat membantu perniagaan internet anda.

Pada masa kini, kejayaan seseorang usahawan internet akan lebih bergantung kepada siapa yang berada di dalam network anda berbanding kejayaan disebabkan diri usahawan internet itu sendiri.

Lebih kuat dan lebih berkualiti jaringan persahabatan di dalam perniagaan internet kita maka akan lebih besar kejayaan dan akan lebih pantas berkembang perniagaan kita.

Mungkin ada juga di kalangan pembaca yang mengatakan tiang terakhir sepatutnya senarai subscriber atau list yang kita miliki. Tidak saya nafikan bahawa dengan memiliki senarai subscriber yang besar seperti 10,000 ke atas akan dapat membantu. Namun demikian, jika saya tidak memiliki sebarang senarai subscriber tetapi saya memiliki 10 sahabat jv yang kuat dan setiap mereka mempunyai list sebanyak 10,000, maka kombinasi 100,000 subscriber mereka dengan mudah akan dapat mengalahkan keuntungan yang saya perolehi daripada 10,000 subscriber saya sendiri.

Oleh kerana itu, di sepanjang pengembaraan anda di dalam dunia perniagaan internet, anda perlu secara konsisten membina network anda. Selalulah berkomunikasi dengan sahabat-sahabat di dalam network anda dan bantulah mereka. Insya-Allah jika mereka mempunyai integriti yang baik, pasti mereka juga akan dapat membantu anda semula di masa hadapan.

Itulah secara ringkasnya 4 tiang asas penentu kepada kejayaan kita sebagai seorang usahawan internet. Saya berharap anda telah mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini.

Sehingga bertemu lagi di kesempatan yang lain, salam hormat dan salam kejayaan dari saya. :)


Eruwan Gerry Norsen
Pakar Lelongan Online
www.RahsiaRajaLelong.com


3 Tip Bulan Ini

Pelajari 6 Rahsia Kejayaan Usahawan Internet Tersohor Malaysia! Dapatkan rahsianya di sini: S.U.K.S.E.S Usahawan Internet

Pelajari strategi mudah dan murah untuk menjana trafik daripada portal eBay ke barang jualan anda di eBay, laman web anda sendiri atau ke sebarang produk affiliate yang sedang anda promosikan! Dapatkan strategi panas ini di sini: Pakej Jana Trafik eBay

Pelajari cara untuk mendapatkan barangan berkualiti pada harga yang murah terus daripada China! Kunjungi laman web berikut untuk mengetahui caranya: Pakej Import Dari China

Jana wang di eBay secara 100% otomatik! Klik pada pautan berikut untuk mengetahui caranya: Pakej Automatic eBay Powerseller

Sertai program affiliate Pay-Per-Lead (PPL) yang memberikan komisen RM1 untuk setiap orang yang mendaftar melalui pautan affiliate anda! Sertainya sekarang di sini: Eruwan Gerry Affiliates.


Post Tags:

Keusahawanan Internet

Blog ini cuba menyampaikan maklumat tentang keusahawanan internet seperti peluang menjana pendapatan secara online melalui program affiliate.

No Comment to " 4 Tiang Utama Kejayaan Usahawan Internet "