Tags:

Cara mengumpul Dash Coin tanpa modal

By Kitblogmas Monday, May 20, 2019
Bisnes Tudung

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Itulah cara jadi jutawan asli. Anda akan lebih menghargai kekayaan anda berbanding jutawan sekelip mata sebab mereka tidak mengalami keperitan mengumpul atau mencari duit.

Bagi yang minat mengumpul coin digital seperti Dash Coin di sini saya kongsikan cara mengumpul Dash Coin secara percuma tetapi mengambil masa yang lama untuk mengumpul lebih-lebih lagi jika anda tidak rajin bekerja. Kerja mengutip atau mengumpul Dash Coin sama juga macam kerja di kilang. Kalau rajin ambil OT maka banyaklah diterima pada hujung bulan.

Untuk pengetahuan nilai Dash Coin pada masa saya menulis post ini pada kedudukan sedang naik iaitu USD240 untuk satu coin. Kalau dapat kumpul 2 Dash Coin dalam masa setahun pun kira bagus sudah tu tapi kalau anda ada target kumpul lebih banyak lagi bagus.

Betulkah boleh kumpul Dash Coin secara percuma?

Ya, anda boleh sahaja mengumpul dan buat duit dengan Dash Coin secara percuma tetapi memerlukan kesabaran tahap tinggi sebab anda akan diberi nilai coin yang sedikit pada setiap 5 mini.

Bagaimana cara mengumpul Dash Coin secara percuma?

Pertama sekali anda membuka akaun di https://coinpot.co secara percuma sahaja. tempat ini adalah tempat pengumpulan coin yang anda terima daripada laman web yang saya akan kongsikan sebentar lagi. Di Coinpot ada terdapat 5 jenis coin yang anda boleh simpan dan boleh dikeluarkan apabila anda mahu.

Bagaimana cara mengeluarkan coin dari coinpot?

Di alam maya ini ada banyak ewallet Dash Coin. Saya menggunakan blockchain sebab sudah biasa dengan ewallet kompeni ini. Anda boleh memilih ewallet mengikut kesukaan anda. Seperti biasa apabila anda hendak memindahkan coin anda hanya mengambil alamat coin ewallet anda kemudian pindahkan.

Jadi bagaimana cara kumpul Dash Coin

Anda sudah ada akaun di https://coinpot.co, kini masanya anda mengumpul Dash Coin. Lawati laman pengiklanan Dash Coin untuk memulakan mengumpul Dash Coin kemudian login menggunakan email yang sama anda guna di coinpot supaya usaha anda tidak sia-sia.

Anda boleh claim Dash Coin setiap lima minit malah jika anda claim 100 kali dalam sehari, anda akan mendapat bonus. Anda juga akan mendapat bonus tambahan jika anda claim Dash Coin pada setiap hari.

Selamat mencuba.

Post Tags:

Keusahawanan Internet

Blog ini cuba menyampaikan maklumat tentang keusahawanan internet seperti peluang menjana pendapatan secara online melalui program affiliate.

No Comment to " Cara mengumpul Dash Coin tanpa modal "