Tags:

Langkah asas menjana pendapatan melalui program affiliate amazon

By Isai Monday, July 4, 2016
Bisnes Tudung

Salam hormat buat para pengunjung blog ini. Sekali lagi saya menulis tentang langkah-langkah menjana pendapatan melalui program affiliate amazon. Dalam tiga artikel saya sebelum ini iaitu buat duit melalui program affiliate amazon, sambungan buat duit melalui program affiliate amazon, dan cara menampilkan produk amazon yang berkait dengan artikel masih tidak dapat membantu beberapa pengunjung blog ini. Ada beberapa komen yang saya tidak tampilkan bertanyakan cara memulakan menjana pendapatan program affiliate amazon yang saya hanya balas melalui email tapi hari ini saya ambil keputusan menulis langkah-langkah asas menjana pendapatan melalui program affiliate amazon.

Saya bukan pakar dalam bidang affiliate amazon selain sekadar seorang yang menjana pendapatan melalui program affiliate amazon yang merupakan salah satu sumber pendapatan sampingan saya di samping program-program affiliate yang lain.

Ini dia langkah asas menjana pendapatan melalui program affiliate amazon..

1. Bina blog yang berkaitan dengan produk yang terdapat di amazon. Pilih salah satu niche sahaja untuk blog anda sebagai contoh jika anda minat tentang smartphones, kandungan blog anda hanya berkaitan dengan smartphones sahaja. Jadi pastikan nama blog anda juga berkaitan dengan smartphones bagi memudahkan carian. Anda boleh buat blog percuma seperti blog ini tetapi kalau serius buat duit saya sarankan anda membina blog wordpress. Kalau tidak tahu membina blog wordpress, banyak video panduan membina blog waordpres di luar sana. Saya andaikan anda mengambil keputusan membina blog wordpress.

2. Mundur ke belakang..Andaikan anda mengambil keputusan membina blog wordpress sebagai platform menjana pendapatan melalui program affiliate amazon, anda kena beli domain dan sewa hosting. Terpulang kepada anda sama ada guna hosting tempatan atau luar negara. Untuk makluman saya menggunakan tiga hosting iaitu namecheap ( tidak terkenalpun ), datakl dan serverfreak. Bagi mengetahui maklumat lanjut tentang hosting ini, anda boleh google sendiri tapi bagi saya ia sangat berbaloi.

3. Setelah anda  membeli domain dan sewa hosting. Kini sudah tiba masanya anda install wordpress di blog anda. Install wordpress tidaklah susah sangat. Anda boleh lakukannya secara automatik  kurang 5 minit melalui cpanel hosting anda. Selepas install wordpress, login ke blog anda kemudian lakukan pula  konfigurasi blog anda seperti aktifkan plugin, install plugin, buang post asal dan install theme yang sesuai.

4. Bagi menampilkan blog anda seperti kedai online, cari theme wordpress yang berkaitan dengan kedai amazon. Anda boleh buat carian di google dengan kata kunci 'amazon wordpress theme'. Jika anda berjimat ikut cara saya menggunakan theme wordpress daripada awaken theme.

5. Anda kini sudah bersedia untuk beraksi iaitu memulakan memuat naik produk amazon ke blog anda. Anda boleh memuat naik maklumat produk amazon di blog anda sama ada secara menual atau secara automatik. Saya cadangkan anda muat naik produk ke blog anda secara automatik bagi memudahkan kerja-kerja anda. Untuk itu anda kena install plugin yang dikenali Associate Goliath. Plugin ini sangat bagus kerana selain memuat naik maklumat produk, ia juga memuat video review berkaitan dengan produk. Dengan Associate Goliath, anda bekerja dengan santai.

6. Associate Goliath membantu anda memuat naik produk ke blog tanpa batasan dalam beberapa saat. Namun saya cadangkan kepada anda supaya tidak melakukan post yang banyak dalam satu-satu masa supaya tidak dianggap spam oleh google. Oleh itu tentukan jadual produk itu di muat naik contoh satu produk untuk satu hari. Bagi mengelakkan duplicate content, jangan risau kerana Associate Goliath menyediakan aplikasi article rewriter.

7. Selesai kedai amazon anda. Kini masa untuk buat promosi.

Tambahan :

Plugin yang anda perlu
1. Anti Spam (akismet)
2. Jetpack
3. SEO Yoast
4. Associate Goliath

Themes
Browse di Wordpress Tools




Post Tags:

Keusahawanan Internet

Blog ini cuba menyampaikan maklumat tentang keusahawanan internet seperti peluang menjana pendapatan secara online melalui program affiliate.

No Comment to " Langkah asas menjana pendapatan melalui program affiliate amazon "