Tags:

Sambungan buat duit melalui program affiliate di amazon.com

By Isai Saturday, October 27, 2012
Bisnes Tudung
Sambungan buat duit melalui program affiliate di amazon.com

Salam hormat semua. Dalam post saya yang terdahulu, saya ada menulis tentang buat duit melalui program affiliate di amazon.com.

Dalam ayat saya yang terakhir saya menjana pendapatan melalui program affiliate di amazon.com dengan menggunakan cara yang tidak menyusahkan saya sebab saya tidak reti berbahasa inggeris.

Jadi bagaimana yang tidak menyusahkan itu?...Baiklah, saya sambung cerita ringkas sahaja cara saya menyediakan blogshop khusus untuk menjana pendapatan melalui program affiliate di amazon.com. Teknik yang saya bakal kongsikan ini sangat mudah tetapi memerlukan banyak pengorbanan termasuk wang ringgit. Namun ia berbaloi untuk di lakukan. Mungkin hari ini anda membelanjakan duit poket dalam RM300 ringgit, dalam lima bulan modal anda akan berganda.

Untuk menjana pendapatan melalui program affiliate di amazon.com, saya sarankan anda menggunakan wordpress kerana wordpress banyak alatan untuk menjadikan blog anda ajaib..ya begitu ajaib sekali..Walau bagaimanapun jangan guna blog wordpress yang percuma tu sebab fungsinya pun lebih kurang dengan blog yang sedang saya gunakan ini. Jadi gunakan wordpress berbayar. Hal ini anda boleh laksanakan dengan mendapatkan domain dan hosting kemudian install perisian wordpress di domain anda. Tentang cara install perisian wordpress, anda boleh dapatkan video panduan install wordpress dalam Bahasa Melayu atau dapatkan video panduan install wordpress dalam Bahasa Inggeris.

Seperti yang saya katakan awal-awal tadi, buat duit melalui program affiliate di amazon.com yang tidak menyusahkan memerlukan pengorbanan anda. Salah satu pengorbanan itu ialah melakukan pelaburan. Kalau anda belum bersedia untuk melabur, baiknya hentikan pembacaan di sini saja.

Sambungan..

Ehhh.. lupa pula bagi tips.. pilih domain bagus-bagus ya. Biar ada kaitan dengan produk yang hendak anda promosi. Kalau promosi smartphones, nama domain pun ada mirip-mirip smartphones juga asal jangan guna jenama smartphones.

OK..beli domain dan hosting sudah, install wordpress pun sudah. Seterusnya masa memilih theme wordpress yang sesuai. Untuk ini anda boleh berjimat dengan mendapatkan theme percuma. Saya sejujurnya menggunakan theme percuma saja tetapi menarik dan mesra smartphone. Itu ciri utama theme untuk buat duit di amazon.com melalui program affiliate.

Pada post akan datang saya akan senaraikan theme wordpress percuma dan berbayar yang sesuai untuk menjana pendapatan dengan amazon.com

SUDAH dapat theme wordpress? Kini tiba masanya mendapatkan tools untuk membuat kedai amazon anda yang akan memudahkan tugasan anda menjana pendapatan dengan amazon. Tools yang saya maksudkan ialah plugin. Plugin khusus untuk affiliate amazon. Terdapat banyak plugin yang ditawarkan oleh usahawan internet. Ada yang mahal dan ada yang murah.

Saya menggunakan 3 jenis plugin berkaitan affiliate amazon dan kesemuanya berbayar. Mengapa saya beli sehingga tiga jenis plugin? Sebab saya mahu mengenal pasti mana satu yang paling power. Yalah.. ada orang buat review bagus-bagus sebab mahu mendapatkan komisyen. Saya tidak dapat sarankan plugin yang terbaik sebab bagi saya ia semuanya terbaik jadi pilihan ada di tangan anda.

Baik, sudah beli plugin khusus untuk affiliate amazon??? Kini tiba masanya membina kedai amazon seterusnya menjana pendapatan melalui program affiliate di amazon.com.

Panduan menggunakan plugin biasanya disertakan selepas mendapatkan produk tersebut..

Daripada 3 plugin yang saya gunakan, semua ada kelebihan dan kekurangan tetapi semuanya telah membantu saya menjana pendapatan dengan amazon. PLUGIN yang sedang saya guna ialah WP Robot yang saya perolehi daripada mereka yang mempunyai lesen developer. Walau bagaimanapun plugin ini untuk 3 domain saja. Kemudian saya membeli plugin Associate Goliath berserta lesen developer bermakna saya boleh memasang di domain orang lain mangkali, dan yang terkini plugin Autozon Builder.


Sedikit info...

Antara ketiga-tiga plugin ini, WP Robot bekerja 100% automatik. Ini bermakna anda pasang dan lupakan blog anda. Anda hanya akan ingat domain dan hosting anda apabila menerima email daripada penyedia hosting bagi memperbaharui domain anda. Kelemahanya tidak ada peluang memilih produk yang terbaik untuk dipromosi.Semua produk yang berkaitan dengan kata kunci yang anda pilih akan dipost.

Sementara plugin Associate Goliath dan Autozon Builder Plugin kena buat manual. Anda berpeluang memilih produk yang hendak promosi. Kalau mahu komisyen tinggi, pilihlah produk yang mahal iaitu harganya lebih daripada USD100. Kedua-dua plugin ini membolehkan anda melakukan post 100 produk sekali atau set tarikh anda post produk. Saya cadang set tarikh supaya blog anda tidak kena black list oleh google. Seperkara yang saya suka dengan plugin ini ialah selain maklumat dalam bentuk teks , review dalam bentuk video akan dipost secara automatik daripada youtube. Ini satu kelebihan sebab bukan semua orang suka membaca.

Persamaan ....

Kesemua plugin ini disertakan dengan aplikasi artikel spinner jadi jangan risau akan duplicate content.

Sekian, semoga anda berpuas hati.








Post Tags:

Keusahawanan Internet

Blog ini cuba menyampaikan maklumat tentang keusahawanan internet seperti peluang menjana pendapatan secara online melalui program affiliate.

No Comment to " Sambungan buat duit melalui program affiliate di amazon.com "