Tags:

4 Strategi Penjanaan Wang Secara Part-Time

By Isai Tuesday, December 4, 2012
Bisnes Tudung

Di sini saya ingin kongsikan 4 Strategi Penjanaan Wang Secara Part-Time yang sudah terbukti berkesan. Sudah ramai individu yang berjaya dengan mengaplikasikan strategi-strategi penjanaan wang ini secara part-time sehingga akhirnya mampu mencapai tahap full-time atau sepenuh-masa di dalam aktiviti tersebut.

Mari kita mulakan...

1. Sertai MLM

Ini adalah aktiviti yang mudah untuk anda lakukan. Secara ringkasnya, dengan menyertai mana-mana syarikat Multi-Level-Marketing (MLM) atau juga dikenali sebagai Network Marketing anda akan terus mendapat akses kepada produk yang boleh anda jual semula kepada orang lain dan mengambil keuntungan daripada penjualan tersebut.

Anda boleh menyusun kumpulan sokongan anda atau downline di bawah jagaan anda dan bersama-sama boleh membangunkan satu bisnes yang berjaya.

Bahan-bahan rujukan dan skim latihan ada disediakan oleh syarikat MLM tersebut untuk membantu anda untuk berjaya.

Namun demikian, cabaran paling utama untuk strategi ini adalah anda perlu rajin keluar rumah dan berjumpa dengan orang lain untuk mempromosikan produk MLM anda itu. Anda akan sering menghabiskan masa di luar rumah untuk melakukan aktiviti MLM anda.

2. Jadi Agen

Strategi penjanaan wang secara part-time yang seterusnya adalah anda boleh menjadi seorang agen insuran atau unit trust.

Anda boleh menyertai latihan-latihan yang disediakan dan mengambil peperiksaan yang diperlukan sehingga anda boleh menjadi seorang agen insuran atau unit trust yang bertauliah.

Strategi ini boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan yang besar dengan pantas sekiranya anda pandai mencari pelanggan yang ingin melabur sejumlah wang yang besar dengan anda.

Namun demikian, sama seperti strategi pertama tadi, strategi ini memerlukan anda rajin untuk keluar dan berjumpa dengan orang lain. Lebih ramai orang yang anda jumpa maka kebarangkalian ada individu yang ingin melabur dengan anda adalah lebih tinggi.

3. Pelaburan Hartanah

Pelaburan di dalam bidang hartanah merupakan satu strategi penjanaan wang secara part-time yang baik.

Anda boleh membeli rumah atau apartmen dan seterusnya menyewakannya kepada orang lain. Si penyewa-lah yang boleh membantu anda untuk membayar ansuran bulanan anda kepada pihak bank. Dengan cara ini anda boleh mengelakkan atau mengurangkan wang yang perlu anda keluarkan pada setiap bulan untuk membayar pinjaman perumahan anda.

Si penyewa boleh anda anggap sebagai pekerja anda kerana mereka akan berusaha untuk memberikan wang tambahan kepada anda pada setiap bulan.

Cabaran paling utama untuk strategi ini adalah anda memerlukan wang pendahuluan yang tinggi berbanding strategi penjanaan wang tambahan secara part-time yang lain.

Tanpa memiliki wang "dalam tangan" yang mencukupi maka agak sukar untuk anda melakukan strategi ini.

4. Bisnes Internet

Bisnes internet membolehkan anda menjana wang secara part-time melalui internet.

Terdapat pelbagai model bisnes internet yang boleh menjadi pilihan anda seperti menghasilkan blog, menjual barangan fizikal, menjual di portal lelongan online, menjual perkhidmatan, menjual laman web dan 1001 model bisnes internet yang lain.

Kelebihan strategi bisnes ini berbanding strategi lain yang telah saya kongsikan sebelum ini adalah anda tidak perlu keluar rumah untuk melakukan bisnes ini. Anda juga tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak untuk melakukan strategi ini malah anda sebenarnya boleh terus memulakannya tanpa perlukan wang!

Cabaran paling utama buat anda adalah pemilihan model bisnes internet yang paling mudah dan pantas untuk membantu anda menjana wang secara part-time. Anda juga perlu mengambil masa yang lama untuk belajar sekiranya anda telah memilih model bisnes internet yang sukar untuk anda lakukan. Tanpa bahan rujukan dan mentor yang sesuai, anda boleh cepat berputus asa dan mengalah daripada ingin menjana wang melalui strategi ini.

Di antara keempat-empat strategi penjanaan wang secara part-time yang telah kongsikan tadi, saya paling menyukai bisnes internet kerana saya langsung tidak perlu keluar rumah untuk melakukannya dan kos permulaan yang saya perlukan juga amat minima. Kelebihan-kelebihan ini tidak mungkin boleh saya perolehi dengan mana-mana strategi penjanaan wang yang lain.

Kini setelah berada di dalam dunia bisnes internet selama 10 tahun dan telah melakukan pelbagai model bisnes internet, saya mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mendalam tentang model bisnes internet terbaik yang boleh anda ceburi untuk menjana wang dengan mudah dan pantas walaupun anda masih lagi berkerja atau menuntut secara sepenuh masa.

Jika anda ingin mempelajari strategi saya ini, sila kunjungi laman web berikut:

Usahawan Makan Gaji



Eruwan Gerry
www.Artikel-PLR.Com


Post Tags:

Keusahawanan Internet

Blog ini cuba menyampaikan maklumat tentang keusahawanan internet seperti peluang menjana pendapatan secara online melalui program affiliate.

No Comment to " 4 Strategi Penjanaan Wang Secara Part-Time "