Menjalankan bisnes ais balang tidak harus dipandang mudah. Mungkin ada yang melihat ia mudah tetapi ia bukan semudah yang dinampak. Perlu ada sedikit ilmu menjalankan bisnes ini sebelum memulakannya. Orang buat bisnes air balang kita pun buat. Akhirnya orang lain untung, kita pula rugi.
Apapun bisnes yang dijalankan, perkara yang paling penting mesti ada ilmu menjalankan bisnes tersebut. Begitulah juga bisnes air balang yang tidak harus dianggap mudah.
Saya kongsikan 3 tips menjalankan bisnes air balang. Semoga tips ini dapat membantu meningkatkan pendapatan anda.
Lokasi yang selesa
Cari tapak yang membuatkan pengunjung berasa selesa membeli air anda. Sebagai contoh jangan terlalu hampir dengan jalan raya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Jika anda berniaga di tepi jalan raya, cari lokasi yang mempunyai tempat yang luas agar pengunjung mempunyai tempat untuk memberhentikan kereta. Elakkan mendirikan pondok dimana kereta bergerak laju.
Tetap dan berpencen
Maksud di sini ialah perniagaan anda tetap dilokasi dan berjalan pada setiap hari. Jika anda menjalankan perniagaan hari ini ada, esok tidak ada, pelanggan tidak akan perasan kewujudan anda. Bayangkan pelanggan sudah merancang mahu singgah membeli air kemudian sampai dilokasi anda tidak menjalankan perniagaan? Esok pelanggan itu akan terus pecut, kesian. Ini berdasarkan pengalaman peribadi sebagai pembeli.
Biar meriah
Jangan fikir dirikan pondok terasing anda kurang saingan. Itu anggapan yang tidak tepat. Orang suka yang meriah. Kalau boleh biar dalam satu barisan tu semua jual minuman. Biasa pelanggan bukan terus beli, betul tak? Pelanggan akan survey dari hujung ke hujung tengok menu, lepas tu barulah mula beli. Jika anda dirikan pondok terasing jauh dari kumpulan lain, anda akan kesunyian. Lain cerita jika anda berniaga di tepi jalan raya.
Cukuplah tiga tips ini semoga memberi inspirasi. Jika tips ini masih tak cukup, jangan risau kerana dalam panduan bisnes air balang ada banyak tips yang dikongsikan.
No Comment to " Jual air balang tak terusik tak tahu apa yang kurang "