Semua orang tidak kira usia, tahu tentang shopee. Kanak-kanak apabila bermain dengan rakan sebaya akan menyanyi shopee shopee Shopee. Semua tahu shopee merupakan antara e-dagang yang terbesar yang menjadi tempat membeli-belah sacara dalam talian. Satu perkara yang semua orang tidak tahu ialah sesiapa sahaja boleh menjana pendapatan melalui shopee.
Kali pertama membeli belah di shopee, saya sendiri menyangka bahawa barang yang dijual di shopee adalah milik shopee. Apabila banyak membaca dan bertanya rupanya jiran saya juga ada menjual di shopee. Sudah tahu jiran buat mestilah mahu mencuba kan. Tambahan pula sebagai ahli Hai-O, mengapa tidak cuba mempelbagai cara pemasaran. Rupanya sudah ramai yang menjual baja ezigrow di shopee.
Boleh menjana sehingga 4 angka dalam seminggu
Berniaga di shopee lumayan ke? Perniagaan tidak selalunya indah tetapi tidak pernah mengecewakan. Kalau kebetulan ramai kehabisan baja, pendapatan dalam seminggu di shopee boleh dapat bersih mencecah 4 angka. Kalau tidak ada pesaing mungkin boleh sampai 5 seminggu. Sekurang-kurangnya offline jalan, online pun jalan.
Susahkah berniaga di shopee
Berniaga di shopee tidaklah rumit sangat selagi seseorang itu pandai membaca dan mengeja. Cuma untuk kali pertama dapat order agak kelam kabut sedikit tapi kalau sudah biasa tidak ada masalah sudah. Kalau mahu berniaga di shopee saya lebih selesa menggunakan handphon. Muat turun aplikasi shopee. Selesai mendownload aplikasi shopee mulakan langkah seterusnya iaitu login.
Jika mahu menjual di shopee, klik ikon orang yang ada perkataan Me. Paling atas penjuru kiri ada perkataan "start selling". Klik button start selling kemudian add product. Pertama sekali anda sudah siap-siap gambar produk yang hendak dijual di shopee. Upload gambar yang hendak dijual, kemudian ikuti langkah-langkah seterusnya seperti kategori, harga, stok, berat, kos penghantaran dan seterusnya.
Setelah semua maklumat yang dikehendaki lengkap, klik butang submit dan produk anda sudah online. Seterusnya masa menunggu jualan. Tunggu dengan tenang. Kalau jualan bertalu-talu pun jangan gusar tapi itu biasalah buat kali pertama. Bukan apa nanti ada yang lambat kena post.
Jika masih ada keraguan ada ni panduan berniaga di shopee.
Alamak, saya tiada barang hendak dijual
Apa susah. Kebanyakan yang menjual di shopee bukan ada produk sendiri. Kebanyakannya menggunakan perkhidmatan dropship. Menggunakan khidmat dropship, anda tidak perlu simpan stok. Tidak tahu apa itu dropship boleh baca ni panduan dropship.
Macam mana dapat bayaran dari shopee?
Selepas pembeli buat pengesahan penerimaan produk, duit anda akan dikredit oleh shopee. Kalau pembeli tidak buat pengesahan penerimaan macam mana? Jangan risau kerana tracking code penghantaran kan ada. Selepas pengesahan penerimaan melalui tracking code, dalam beberapa hari shopee akan kreditkan wang anda. Kalau masih ragu lagi Panduan Shopee kan ada. Tinggal baca dan ikut saja panduan yang diajar.
Begitulah ceritanya cara menjana pendapatan melalui shopee.
No Comment to " Jana pendapatan sampingan melalui Shopee "