Jual air balang pun boleh menjana pendapatan sehingga RM7000 sebulan

By Kitblogmas Wednesday, May 29, 2019
Bisnes Tudung

Jika sebelum ni kita sudah dengar orang jana pendapatan sehingga RM5000 sebulan secara part-time menjual aiskrim.

Tapi, sekarang ada cerita baru... iaitu pasal peniaga jual air balang berjaya jana pendapatan RM7000 sebulan.

Jika anda memandu atau menumpang bas, sepanjang perjalanan ada sahaja payung dipasang di tepi jalan dan kebanyakannya menjual air. Macam-macam nama air seperti yang diiklankan dalam bunting mereka. Sebanyak mana payung ini dipasang ia tidak pernah sunyi daripada kereta yang singgah.

Alkisah di pasar malam.. ramai peniaga menjual air dekat pasar malam. Tapi peniaga bukan air mineral ya. Peniaga ini menjual air seperti jus buah-buahan, perisa milo, perisa kopi dan macam-macam lagi perisa. Pokoknya setiap perisa itu ada dia punya penggemar sendiri.

Kalau kita perasan, tidak pernah peniaga ini membawa pulang lebihan jualan mereka. Peniaga air ini lebih duluan mengemas barang berbanding dengan orang lain. Ini kerana jualan peniaga air cepat licin.

Untung ke peniaga air?

Ada peniaga air ini menjana pendapatan sehingga RM7000 sebulan. Ini menunjukkan perniagaan air ini sangat menguntungkan. Sejak kebelakangan ini peniaga air ini tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Sepanjang jalan ada peniaga jual air, majlis tertentu ada orang jual air. Orang dahaga mesti minum air. Tidak dagaha pun minum air lebih-lebih lagi jika air yang dijual sedap.

Kalau anda ada kemahiran membuat jus, jangan sia-siakan kemahiran anda. Anda mungkin antara peniaga yang berjaya menjana pendapatan yang lumayan dengan berniaga air. Di luar sana ada ramai peniaga-peniaga air kongsikan pengalaman mereka menjalankan perniagaan air balang. Antara perkongsian yang terkenal ialah panduan bisnes air balang. Peniaga ini kongsikan cara-cara memulakan perniagaan.



Kalau anda peniaga air balang tepi jalan, jangan parking sembarang ya. Bukan pasal kena saman, takut tidak ada orang singgah beli. Contoh anda mendirikan pondok di lokasi yang tidak sesuai seperti tidak ada tempat parking, kompom tidak ada orang singgah. Banyak lagi tips berniaga air balang ini yang perlu anda pelajari supaya anda juga menjana pendapatan yang lumayan. Jangan dulu berpuas hati, ketahui dahulu tips peniaga air balang yang menjana pendapatan sehingga RM7000 sebulan.

Post Tags:

Keusahawanan Internet

Blog ini cuba menyampaikan maklumat tentang keusahawanan internet seperti peluang menjana pendapatan secara online melalui program affiliate.

No Comment to " Jual air balang pun boleh menjana pendapatan sehingga RM7000 sebulan "