Sebelum itu, saya disini ingin berkongsikan beberapa langkah atau cara yang mudah bagaimana untuk melonjakkan komisen affiliate anda. Mungkin selama ini komisen affiliate anda hanya cukup-cukup makan dan usaha anda untuk mendapatkan lebihan komisen cukup sukar.
Sepertimana yang telah ditulis dalan nota 1 sebelum ini, anda pasti tahu bahawa di dalam affiliate marketing ini anda tidak perlu menghasilkan produk sendiri, anda tidak perlu berdepan dengan bantuan sokongan kepada pelanggan, menjawab sebarang komen malah anda juga tidak perlu tahu membina laman web pun.Tambahan pula kebanyakan pemilik program-program affiliate pada hari ini telah menyediakan hampir 100% bahan promosi untuk anda termasuk artikel promosi, email promosi, banner dan juga bahan-bahan promosi tambahan yang lain. Mudah kata 'Bisnes Affiliate' merupakan cara paling cepat, mudah dan berkesan untuk anda membina asas perniagaan internet anda sendiri.
Ramai juga yang menyertai affiliate hanya untuk mencuba-cuba sahaja tetapi sebenarnya di dalam bisnes affiliate ini anda sebenarnya boleh meningkatkan jumlah komisen anda sebanyak 2 atau 3 kali ganda daripada biasa. Teruja mahu ketahuinya? Teruskan dengan perkongsian eksklusif melalui pengalaman saya selama ini.
Perkara pertama yang perlu kita putuskan ialah program yang terbaik di antara beberapa buah program yang menjadi pilihan kita. Secara jelasnya sudah tentulah kita ingin mempromosikan sebuah program yang berpotensi mendatangkan keuntungan kepada kita seberapa banyak yang mungkin dalam waktu yang paling singkat. Terdapat beberapa faktor untuk kita pertimbangkan apabila memilih program yang ingin kita tumpukan terlebih dahulu. Kita sebenarnya perlu fokus pada pilihan program-program yang menawarkan sistem komisyen yang lebih mesra-pengguna.
Pastikan program-program tersebut mempunyai rekod pengesan yang baik agar pembayaran komisyen kita tidak menemui apa-apa masalah.Kita boleh mencapai tujuan itu dengan melakukan kajian terhadap produk itu dengan memasukkan nama produk disertai dengan perkataan atau "pembayaran komisen affiliate" atau “affiliate payments”. Jika ada orang yang merungut atau mengeluh tentang sistem pembayaran produk tersebut, kita pasti akan menemui posting yang relevan.
Terdapat ribuan program affiliate online di luar sana jadi pasti kita boleh bersikap memilih. Luangkan masa untuk memilih program yang terbaik untuk mengelak dari berlakunya pembaziran masa dan wang pengiklanan. Antara program affiliate yang telah membuktikan pembayaran komisen yang betul, cepat dan tepat adalah program affiliate daripada usahawan internet yang ternama. Antaranya adalah Tuan Zamri Nanyan. Kini beliau membuka program affiliate kepada pembeli produk terbaru beliau di dalam 'Pakar Produk Digital' di http://RahsiaPakar.com/digital ;
Tambahan pula komisen affiliate untuk 'Pakar Produk Digital' ini sangat-sangat lumayan sehinggakan boleh mencapai jumlah komisen sebanyak RM192.50 untuk satu jualan. Namun sistem affiliatenya hanya dibuka kepada pembeli sahaja buat masa ini.
?
Baiklah, disini juga saya kongsikan lagi beberapa lagi tip ringkas yang boleh digunakan untuk meningkatkan jumlah komisyen kita.
1) Ambil bahagian dalam ruang chat yang berkaitan dengan produk yang kita sedang promosikan. Mulakan sebuah perbualan dengan seseorang tanpa menunjukkan tanda-tanda kita sedang menjual. Kemudian, semasa sedang berbual dengannya, bolehlah kita sebutkan produk yang kita promosikan itu kepadanya. Dari pengalaman saya, ianya telah terbukti berhasil.
2) Kita juga boleh menghasilkan sebuah ebook yang mengandungi iklan-iklan dan link laman web affiliate kita. Subjek ebook percuma kita itu hendaklah mampu menarik dan memujuk pengunjung untuk mendapatkannya. Subjek yang baik akan membuatkan orang lain tidak sabar-sabar lagi untuk mendapatkan ebook kita itu. Kita juga boleh Upload ebook itu ke laman-laman direktori ebook yang pastinya akan banyak membantu kita untuk jangka masa panjang.
3) Bina direkori program affiliate kita sendiri. Kita boleh hasilkan satu senarai program-program affiliate yang besar dan letakkannya di laman web kita dalam format direktori. Kemudian iklankan direktori program affiliate itu.
4) Sebenarnya kita juga boleh hasilkan iklan program affiliate kita sendiri. Jika semua ejen affiliate menggunakan iklan yang sama dengan kita, ia tidak akan memberikan kelebihan kepada kita. Jadikan iklan kita itu unik dan berbeza supaya kita mempunyai kelebihan berbanding dengan affiliate-affiliate yang menjadi saingan kepada kita. Apa yang penting disini adalah daya imaginasi dan kreativiti kita.
5) Gunakan iklan sokongan peribadi. Gunakannya hanya jika anda telah pun menggunakan sendiri produk yang dipromosikan itu. Hebahkan kepada para audien apakah faedah atau manfaat yang anda rasakan sendiri setelah menggunakan produk tersebut. Ini akan meningkatkan kredibiliti produk yang anda promosikan itu.
6) Fail signature adalah tempat yang mudah dilihat. Iklankan produk yang dipromosi itu di dalam fail signature kita. Gunakan headline yang mampu menarik perhatian dan menerangkan sebab-sebab kenapa mereka patut mengunjungi laman web affiliate kita. Pastikan fail signature kita tidak melebihi 5 baris. Ianya boleh digunakan dalam emel-emel subscriber, forum dan dalam komentar di blog.
7) Kita boleh sertai forum-forum dan memulakan komen serta meluahkan pendapat. Selain itu tak salah untuk kita menjawab soalan-soalan yang diajukan di forumdisamping bertanyakan soalan yang relevan pada masa yang sama. Jika produk kita mempunyai ciri-ciri yang boleh membantu menyelesaikan masalah orang ramai maka terangkan kesemuanya kepada yang bertanya. Ianya pasti dapat menarik lebih ramai orang.
8) Kita juga boleh hasikan satu newsletter percuma yang memperkatakan tentang topik yang relevan dengan produk pilihan kita. Pastikan ianya berinformasi dan berguna. Kemudian kita boleh gunakannya untuk mengiklankan program affiliate yang kita sedang sertai itu. Hantarkannya juga ke laman direktori 'ezine online' dan promosikannya juga di laman web kita.
9) Gunakan bonus untuk membantu memperhebatkan lagi jualan affiliate kita! Penggunaan bonus adalah salah satu cara yang paling mudah untuk memujuk orang ramai membuat pembelian dari kita. Dengan menawarkan bonus yang relevan dengan produk yang kita jual, kita secara tidak langsung telah ‘memandu’ prospek membuat pilihan yang menguntungkan kita.
10) Seperti yang telah saya kongsikan dalam nota 1 sebelum ini, berkaitan penggunaan produk review dan testimoni. Kedua-duanya adalah antara cara yang terbaik untuk membantu meningkatkan kredibiliti jualan. Itulah sebabnya kenapa kita boleh melihat begitu banyak sekali testimoni yang dipaparkan di laman jualan. Luangkan sedikit masa untuk menulis review yang bernas tentang produk yang kita sedang promosikan dan kumpulkan testimoni dari mereka yang telah membelinya dari anda.
11) Gunakan blog untuk membekalkan maklumat yang berguna dalam niche kita dan masukkan review produk yang telah kita hasilkan. Jika kita boleh melakukannya secara berterusan kita akan dapat menjana trafik yang stabil dan jualan dari enjin carian. Pastikan blog kita itu fokus kepada keyword yang berpotensi dan ianya pula adalah relevan dengan produk yang sedang dipromosikan itu.
12) Ini adalah teknik yang dijamin berkesan. Ini adalah teknik kegemaran saya. Kita boleh membina satu senarai prospek. Cara paling mudah untuk melakukannya ialah dengan menyediakan ruang opt-in emel di laman web kita. Sebaiknya, hasilkan satu sistem di mana kita menawarkan bonus jika pengunjung menyertai senarai subscriber kita itu. Gunakan sistem autoresponder yang baik seperti GetResponse atau Aweber untuk mengumpulkan alamat-alamat emel dan upload 7-10 emel yang mengandungi maklumat yang berguna dan bahan-bahan percuma.
Bagaimana? Cukup dengan 12 tips ini? Moga ianya dapat membantu meledakkan komisen affiliate kita. Cuba praktikkan kesemua strategi-strategi di atas. Sebaik-baiknya jangan gunakan kesemuannya dalam satu masa. Fokuskan kepada 2-3 strategi sahaja dulu dan lihat jika ada perubahan dalam komisyen affiliate produk yang kita sedang promosikan itu. Moga ianya dapat membantu anda dalam menyertai 'Bisnes Affiliate' yang sebenar dan menjana pendapatan yang lumayan darinya.
Sekian,
Razif
Malaysian Internet Marketer
No Comment to " Buat Duit Dengan Affiliate "