Cara meningkatkan jumlah komisyen

By Kitblogmas Sunday, April 16, 2017
Bisnes Tudung

Salam semua, disini saya kongsikan beberapa tip ringkas yang boleh digunakan untuk meningkatkan jumlah komisyen kita hasil jualan produk melalui link affiliate yang kita sertai dan promosikan.

1) Ambil bahagian dalam ruang chat yang berkaitan dengan produk yang kita sedang promosikan. Mulakan sebuah perbualan dengan seseorang tanpa menunjukkan tanda-tanda kita sedang menjual. Kemudian, semasa sedang berbual dengannya, bolehlah kita sebutkan produk yang kita promosikan itu kepadanya. Dari pengalaman saya, ianya telah terbukti berhasil.

2) Kita juga boleh menghasilkan sebuah ebook yang mengandungi iklan-iklan dan link laman web affiliate kita. Subjek ebook percuma kita itu hendaklah mampu menarik dan memujuk pengunjung untuk mendapatkannya. Subjek yang baik akan membuatkan orang lain tidak sabar-sabar lagi untuk mendapatkan ebook kita itu. Kita juga boleh Upload ebook itu ke laman-laman direktori ebook yang pastinya akan banyak membantu kita untuk jangka masa panjang.

3) Bina direkori program affiliate kita sendiri. Kita boleh hasilkan satu senarai program-program affiliate yang besar dan letakkannya di laman web kita dalam format direktori. Kemudian iklankan direktori program affiliate itu.

4) Sebenarnya kita juga boleh hasilkan iklan program affiliate kita sendiri. Jika semua ejen affiliate menggunakan iklan yang sama dengan kita, ia tidak akan memberikan kelebihan kepada kita. Jadikan iklan kita itu unik dan berbeza supaya kita mempunyai kelebihan berbanding dengan affiliate-affiliate yang menjadi saingan kepada kita. Apa yang penting disini adalah daya imaginasi dan kreativiti kita.

5) Gunakan iklan sokongan peribadi. Gunakannya hanya jika anda telah pun menggunakan sendiri produk yang dipromosikan itu. Hebahkan kepada para audien apakah faedah atau manfaat yang anda rasakan sendiri setelah menggunakan produk tersebut. Ini akan meningkatkan kredibiliti produk yang anda promosikan itu.

6) Fail signature adalah tempat yang mudah dilihat. Iklankan produk yang dipromosi itu di dalam fail signature kita. Gunakan headline yang mampu menarik perhatian dan menerangkan sebab-sebab kenapa mereka patut mengunjungi laman web affiliate kita. Pastikan fail signature kita tidak melebihi 5 baris. Ianya boleh digunakan dalam emel-emel subscriber, forum dan dalam komentar di blog.

7) Kita boleh sertai forum-forum dan memulakan komen serta meluahkan pendapat. Selain itu tak salah untuk kita menjawab soalan-soalan yang diajukan di forum disamping bertanyakan soalan yang relevan pada masa yang sama. Jika produk kita mempunyai ciri-ciri yang boleh membantu menyelesaikan masalah orang ramai maka terangkan kesemuanya kepada yang bertanya. Ianya pasti dapat menarik lebih ramai orang.

8) Kita juga boleh hasikan satu newsletter percuma yang memperkatakan tentang topik yang relevan dengan produk pilihan kita. Pastikan ianya berinformasi dan berguna. Kemudian kita boleh gunakannya untuk mengiklankan program affiliate yang kita sedang sertai itu. Hantarkannya juga ke laman direktori 'ezine online' dan promosikannya juga di laman web kita.

9) Gunakan bonus untuk membantu memperhebatkan lagi jualan affiliate kita! Penggunaan bonus adalah salah satu cara yang paling mudah untuk memujuk orang ramai membuat pembelian dari kita. Dengan menawarkan bonus yang relevan dengan produk yang kita jual, kita secara tidak langsung telah ‘memandu’ prospek membuat pilihan yang menguntungkan kita.

10) Luangkan sedikit masa untuk menulis review yang bernas tentang produk yang kita sedang promosikan dan kumpulkan testimoni dari mereka yang telah membelinya dari anda.

11) Gunakan blog untuk membekalkan maklumat yang berguna dalam niche kita dan masukkan review produk yang telah kita hasilkan. Jika kita boleh melakukannya secara berterusan kita akan dapat menjana trafik yang stabil dan jualan dari enjin carian. Pastikan blog kita itu fokus kepada keyword yang berpotensi dan ianya pula adalah relevan dengan produk yang sedang dipromosikan itu.

12) Ini adalah teknik yang dijamin berkesan. Ini adalah teknik kegemaran saya. Kita boleh membina satu senarai prospek. Cara paling mudah untuk melakukannya ialah dengan menyediakan ruang opt-in emel di laman web kita. Sebaiknya, hasilkan satu sistem di mana kita menawarkan bonus jika pengunjung menyertai senarai subscriber kita itu. Gunakan sistem autoresponder yang baik seperti GetResponse atau Aweber untuk mengumpulkan alamat-alamat emel dan upload 7-10 emel yang mengandungi maklumat yang berguna dan bahan-bahan percuma.

Dengan 12 tips ini, moga ia dapat membantu meledakkan komisen affiliate kita. Cuba praktikkan kesemua strategi-strategi di atas. Sebaik-baiknya jangan gunakan kesemuannya dalam satu masa. Fokuskan kepada 2-3 strategi sahaja dulu dan lihat jika ada perubahan dalam komisyen affiliate produk yang kita sedang promosikan itu. Moga ianya dapat membantu anda dalam menyertai 'Bisnes Affiliate' yang sebenar dan menjana pendapatan yang lumayan darinya.

Razif Yusof
www.BisnesAffiliate.com
Malaysian Internet Marketer

Post Tags:

Keusahawanan Internet

Blog ini cuba menyampaikan maklumat tentang keusahawanan internet seperti peluang menjana pendapatan secara online melalui program affiliate.

No Comment to " Cara meningkatkan jumlah komisyen "