Tags:

Panduan membina kedai online

By Isai Wednesday, June 6, 2012
Bisnes Tudung
Bisnes menerusi internet kini merupakan satu trend yang amat popular di Malaysia. Menjana pendapatan dengan hanya duduk di depan komputer dan melayari internet telah menjadi "impian" untuk banyak orang.

Walau bagaimanapun, antara perkara yang menjadi permasalahan kepada ramai orang untuk mula "berniaga" di internet adalah mereka tidak memiliki kemahiran dalam membangunkan sesebuah laman web bagimembolehkan mereka memasarkan produk - produk mereka.

Rata - rata pengguna menghadapi kesukaran untuk membangunkan laman web jualan mereka kerana tidak pernah belajar cara - cara untuk membangunkan sesebuah laman web.

Oleh kerana itu, usahawan internet saudara Amirol telah menghasilkan satu panduan lengkap bervideo yang menerangkan proses langkah demi langkah bagaimana anda boleh membangunkan sebuah laman web jualan "shopping cart" menggunakan satu platform percuma dan popular iaitu opencart. Jika sekiranya anda mendapatkan tutorial panduan video shopping chart anda akan mendapat seperti berikut :

Pengenalan Dan Persediaan (Durasi: 10:33 minit)
  • Pada video ini, anda akan diberi penerangan tentang prosedur - prosedur yang terlibat dalam proses pemasangan sistem OpenCart dan juga item / keperluan asas yang perlu disediakan untuk membantu proses pemasangan sistem OpenCart.
  • Memuat turun fail - fail yang berkaitan ke dalam komputer anda.

Pembinaan Database Sistem OpenCart (Durasi: 8:40 minit)
  • Menerusi video ini, anda akan dapat melihat bagaimanakah proses untuk membina Database MySQL bagi kegunaan sistem OpenCart.
  • Anda boleh terus mempraktiskan langkah - langkah pembinaan database ini seiring dengan tontonan anda.

Proses FTP Dan CHMOD (Durasi: 9:47 minit)
  • Pada topik ini, anda akan mengetahui bagaimanakah caranya untuk memuat naik (upload) fail - fail sistem OpenCart ke akaun hosting yang anda miliki.
  • Proses FTP haruslah dijalankan mengikut "struktur" upload fail yang betul kerana sekiranya terdapat kesilapan dalam melakukan upload, maka sistem OpenCart anda tidak akan berfungsi.
  • Anda juga akan mempelajari bagaimana proses penukaran "permission" atau "CHMOD" dilaksanakan terhadap fail - fail dan folder - folder tertentu dalam sistem OpenCart. Proses ini adalah penting bagi memastikan sistem OpenCart dapat beroperasi dengan sempurna.

Pemasangan Sistem OpenCart Dan Integrasi Database (Durasi: 7:06 minit)
  • Kandungan video ini akan memberikan anda pengetahuan bagaimanakah proses pemasangan dan integrasi sistem OpenCart dengan database MySQL yang dibina.
  • Sistem OpenCart harus berinteraksi dengan database supaya data - data transaksi, jualan, pelanggan dan sebagainya yang akan wujud menerusi sistem dapat disimpan serta direkod ke dalam database.

Keselamatan Sistem OpenCart (Durasi: 9:02 minit)
  • Selepas pemasangan dilakukan, anda harus meningkatkan tahap keselamatan sistem OpenCart anda. Jadi pada bahagian video tutorial ini, anda akan diterangkan tentang proses - proses yang harus dilaksanakan bagi memaksimakan tahap dan isu keselamatan sistem OpenCart yang anda pasang.
  • Antara isu keselamatan yang akan disentuh adalah penetapan nilai permission fail, penggunaan password pada direktori admin sistem OpenCart.

Menetapkan Konfigurasi Utama Sistem OpenCart (Durasi: 2 Jam ++)
  • Sebelum boleh menggunakan sistem OpenCart yang dipasang, kita terlebih dahulu perlu menetapkan konfigurasi asas yang diperlukan untuk operasi sistem OpenCart. Jadi pada video tutorial ini, anda akan dibimbing secara langkah demi langkah (step by step) untuk menetapkan konfigurasi wajib yang diperlukan.
  • Antaranya adalah seperti konfigurasi untuk kumpulan pekerja (user group), kemaskini data demo, menetapkan maklumat sistem web, menetapkan jenis matawang yang ingin digunakan, penetapan kaedah penerimaan pembayaran seperti bank transfer, paypal, cek dan lain - lain.
  • Segala maklumat yang dikongsikan dalam video ini amat penting untuk diikuti demi memastikan sistem OpenCart anda akan beroperasi dengan baik.

Penetapan Konfigurasi Dan Data Produk Jualan (Durasi: 1 Jam ++)
  • Pada video ini, anda akan dapat mempelajari langkah - langkah yang tepat untuk memasukkan maklumat produk yang ingin dijual.
  • Antara perkara yang disentuh adalah bagaimana untuk menetapkan maklumat pengeluar produk, kategori produk, spesifikasi produk dan konfigurasi bagi paparan produk di laman OpenCart.

Penetapan Konfigurasi Tambahan Sistem OpenCart (Durasi: 16:01 minit)
  • Pada bahagian ini, kita akan melihat kepada proses bagaimana untuk menyusun atur struktur module yang boleh dipaparkan pada laman OpenCart dan membina halaman - halaman baru yang anda perlukan.

Uji Cuba Sistem OpenCart (Durasi: 11:04 minit)
  • Dalam video tutorial ini, kita akan melihat langkah - langkah untuk melakukan uji cuba terhadap sistem OpenCart yang telah dipasang bagi memastikan kesemua proses konfigurasi sebelum ini, akan berjalan dengan lancar.

Pengurusan Sistem, Jualan, Pelanggan dan Affiliate (Durasi: 45:15 minit)
  • Di bahagian ini pula, anda akan ditunjukkan proses - proses yang terlibat dalam menguruskan sistem OpenCart anda.
  • Antara pengurusan yang wajib dikuasi adalah pengurusan dari penerimaan tempahan produk, pengurusan maklumat pelanggan, pengurusan program pemasaran (affiliate), pengurusan data hadiah (gifts/coupon) yang boleh dihasilkan serta pengurusan dari segi menjaga (maintaining) operasi sistem.
  • Menariknya sistem OpenCart ini adalah, anda boleh menganjurkan program affiliate dimana dengan cara ini, potensi untuk produk anda terjual adalah tinggi kerana anda akan dibantu oleh agen - agen affiliate dalam aktiviti pemasaran menerusi internet. Jadi, adalah penting untuk anda mengetahui bagaimana untuk menguruskan program dan juga agen affiliate anda.
  • Melakukan proses back up terhadap database sistem, berhubungan dengan pelanggan dan menyemak statistik rekod transaksi yang berlangsung pada sistem OpenCart adalah merupakan antara aktiviti - aktiviti yang penting untuk anda kuasai. Jadi, dalam video ini juga, anda akan dapat mempelajari proses - proses ini.

Senarai diatas adalah merupakan senarai ringkas antara topik - topik yang akan dipelajari oleh anda. Sesetengah topik di atas mempunyai lebih daripada 1 bahagian video. Kesemua topik yang dibekalkan adalah merangkumi konfigurasi sepenuhnya sistem OpenCart yang perlu anda kuasai.

Jumlah keseluruhan masa tutorial adalah melebihi 4 jam; padat dengan informasi dan penerangan yang anda perlukan. Jika anda berminat membina kedai online, dapatkan shopping cart ini di www.kedaionline.com

Post Tags:

Keusahawanan Internet

Blog ini cuba menyampaikan maklumat tentang keusahawanan internet seperti peluang menjana pendapatan secara online melalui program affiliate.

No Comment to " Panduan membina kedai online "