Cara mendapatkan senarai email

By Isai Sunday, May 27, 2012
Bisnes Tudung
Pemasaran email merupakan salah satu teknik pemasaran yang efektif pada masa sekarang. Begitu ramai IM yang mampu menjana pendapatan sehinga 5 angka hanya dengan hanya menghantar satu email saja!

Ini kerana mereka telah memanfaatkan mailing list mereka sepenuhnya dan menggunakan teknik pemasaran email sebaik-baiknya.

Di sini ada beberapa tip pemasaran email untuk anda :

#1 - Jika email pemasaran adalah sesuatu yang baru bagi anda, anda perlulah melakukan kajian terlebih dahulu. Jangan hanya mempercayai orang lain untuk menentukan nasib anda di komuniti internet.

#2 - Binalah mailing list melalui sumber yang boleh dipercayai atau menggunakan sistem yang benar-benar diakui ramai. Jangan kerana ingin berjimat anda akan kecewa di akhir nanti.

#3 - Jangan lupa meletakkan nama prospek anda di dalam setiap email kerana teknik ini bagi mengelak prospek merasakan mereka berkomunikasi dengan robot.

#4 - Cari jalan untuk mengenali pelanggan anda secara peribadi. Ini bagi menambahkan kepercayaan mereka terhadap anda.

#5 - Sila pastikan anda meletakkan format "daripada' dengan betul iaitu dari anda dan sila pastikan anda
menggunakan email berdaftar bukan email peribadi bagi menampakkan profesional dalam bisnes. Namun
anda juga boleh meletakkan email peribadi pada bahagian bawah sekali untuk tujuan menampak anda bersedia berhubung dengan mereka secara peribad.

Dalam tips yang kedua merupakan salah satu cara mendapatkan senarai emel. Mendapatkan senarai email yang dimaksudkan adalah dengan cara yang betul atau sah dari segi undang-undang. Untuk mendapatkan senarai email cara sah, anda perlu mempunyai sistem autoresponder sama ada yang percuma atau yang berbayar. Saya sarankan agar anda mendapatkan autoresponder berbayar supaya tidak menyesal kemudian hari. Autoresponder seperti Trafficwave dan imnicamail adalah yang termurah buat masa ini.

Setelah anda mempunyai autoresponder sendiri, buat laporan percuma untuk diberikan secara percuma atau mendapatkan produk mrr yang boleh diberikan secara percuma. Mereka yang mengisi borang optin yang anda sediakan secara automatik akan menjadi subscriber atau senarai email anda. Contoh produk anda boleh perolehi dengan mengisi borang optin di sidebar.

Post Tags:

Keusahawanan Internet

Blog ini cuba menyampaikan maklumat tentang keusahawanan internet seperti peluang menjana pendapatan secara online melalui program affiliate.

No Comment to " Cara mendapatkan senarai email "