Tags:

Cara mengumpul Litecoin tanpa modal

By Kitblogmas Monday, May 20, 2019
Bisnes Tudung

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Itulah cara jadi jutawan asli. Anda akan lebih menghargai kekayaan anda berbanding jutawan sekelip mata sebab mereka tidak mengalami keperitan mengumpul atau mencari duit.

Bagi yang minat mengumpul coin digital seperti Litecoin di sini saya kongsikan cara mengumpul Litecoin secara percuma tetapi mengambil masa yang lama untuk mengumpul lebih-lebih lagi jika anda tidak rajin bekerja. Kerja mengutip atau mengumpul Litecoin sama juga macam kerja di kilang. Kalau rajin ambil OT maka banyaklah diterima pada hujung bulan.

Untuk pengetahuan nilai Litecoin pada masa saya menulis post ini pada kedudukan sedang naik iaitu USD240 untuk satu coin. Kalau dapat kumpul 2 Litecoin dalam masa setahun pun kira bagus sudah tu tapi kalau anda ada target kumpul lebih banyak lagi bagus.

Betulkah boleh kumpul Litecoin secara percuma?

Ya, anda boleh sahaja mengumpul dan buat duit dengan Litecoin secara percuma tetapi memerlukan kesabaran tahap tinggi sebab anda akan diberi nilai coin yang sedikit pada setiap 5 mini.

Bagaimana cara mengumpul Litecoin secara percuma?

Pertama sekali anda membuka akaun di https://coinpot.co secara percuma sahaja. tempat ini adalah tempat pengumpulan coin yang anda terima daripada laman web yang saya akan kongsikan sebentar lagi. Di Coinpot ada terdapat 5 jenis coin yang anda boleh simpan dan boleh dikeluarkan apabila anda mahu.

Bagaimana cara mengeluarkan coin dari coinpot?

Di alam maya ini ada banyak ewallet Litecoin. Saya menggunakan blockchain sebab sudah biasa dengan ewallet kompeni ini. Anda boleh memilih ewallet mengikut kesukaan anda. Seperti biasa apabila anda hendak memindahkan coin anda hanya mengambil alamat coin ewallet anda kemudian pindahkan.

Jadi bagaimana cara kumpul Litecoin

Anda sudah ada akaun di https://coinpot.co, kini masanya anda mengumpul Litecoin. Pergi ke web litecoin untuk memulakan mengumpul Litecoin kemudian login menggunakan email yang sama anda guna di coinpot supaya usaha anda tidak sia-sia.

Anda boleh claim Litecoin setiap lima minit malah jika anda claim 100 kali dalam sehari, anda akan mendapat bonus. Anda juga akan mendapat bonus tambahan jika anda claim Litecoin pada setiap hari.

Selamat mencuba.

Post Tags:

Keusahawanan Internet

Blog ini cuba menyampaikan maklumat tentang keusahawanan internet seperti peluang menjana pendapatan secara online melalui program affiliate.

No Comment to " Cara mengumpul Litecoin tanpa modal "