Salam Sejahtera Para Usahawan Internet,
Ini adalah bulan terakhir untuk tahun 2013 ini!
Apakah perasaan anda pada masa ini?
Adakah anda sedang berasa gembira atau berasa sedih kerana berada pada bulan terakhir pada tahun ini?
Saya berharap yang anda gembira dan kekal bermotivasi tinggi walau apa pun yang telah terjadi kepada diri anda di sepanjang perjalanan anda sebagai seorang usahawan internet untuk tahun 2013 ini.
Anggaplah segala perkara manis dan baik yang berlaku ke atas anda sebagai rezeki daripada Allah S.W.T. Anggaplah segala perkara kurang baik yang berlaku ke atas diri anda sebagai ujian daripada Allah S.W.T agar anda terus sabar dan berusaha dengan lebih gigih pada tahun yang akan datang.
Sebagai persiapan untuk meninggalkan tahun 2013 dan sebagai persediaan untuk menyambut tahun 2014, di sini saya ingin kongsikan dengan anda beberapa tip yang boleh anda jadikan sebagai panduan di dalam proses peralihan ini.
Mari kita mulakan...
1. Rancangan Kejayaan
Perkara pertama yang boleh anda lakukan dalam bulan ini adalah dengan menilai semula segala perancangan yang telah anda lakukan untuk tahun 2013.
Adakah segala yang anda rancangkan untuk dilakukan berjaya dicapai pada tahun ini?
Adakah segala target atau objektif yang anda ingin capai pada tahun ini menepati sasarannya atau tidak?
Cuba kaji semula faktor-faktor yang telah membolehkan anda mencapai kejayaan yang anda inginkan itu.
Pada masa yang sama, cuba kaji faktor-faktor yang telah mengakibatkan anda gagal mencapai target-target tertentu.
Cuba kenalpasti dengan tepat apakah usaha, perbuatan atau sikap yang telah membolehkan anda mencapai sesuatu kejayaan. Seterusnya kenalpasti pula punca kegagalan anda.
Jika anda mampu mengenalpasti punca kejayaan dan juga punca kegagalan anda, maka akan lebih mudah untuk anda mengorak langkah sebagai seorang usahawan internet untuk tahun 2014 nanti.
Pastikan anda mengekalkan segala usaha yang baik dan elakkan daripada melakukan segala perkara buruk yang boleh menjadi penghalang kejayaan anda.
2. Lakukan Kira-kira
Adakah anda telah mencapai keuntungan yang anda inginkan untuk tahun ini?
Adakah anda berjaya mencapai target keuntungan RM100, RM1000, RM10000 atau RM100000 yang telah anda tetapkan?
Jika anda langsung tidak mengetahui kedudukan sebenar anda dari segi kira-kira, inilah masanya untuk anda membuat penilaian tersebut.
Kira kesemua wang yang telah masuk ke dalam bisnes internet anda dan seterusnya kira pula semua wang yang telah keluar dari bisnes internet anda.
Perbezaan di antara kedua-dua nilai tersebut adalah keuntungan atau kerugian anda sebagai seorang usahawan internet.
Sebagai seorang usahawan internet, anda perlu peka dengan segala wang yang masuk dan keluar dari bisnes internet anda. Sekiranya anda gagal untuk mengesan kedudukan kewangan anda apabila tiba penghujung tahun ini, maka anda perlu memperbetulkan pengurusan kewangan bisnes internet anda untuk tahun hadapan.
Jadikan keuntungan atau kerugian yang anda alami untuk tahun 2013 ini sebagai pemangkin kepada usaha yang lebih jitu untuk tahun 2014.
Insya-Allah, dengan berkat usaha anda, keuntungan pasti akan diberikan oleh Allah S.W.T kepada anda.
3. Jejak Langkah 2014
Bulan terakhir untuk tahun 2013 ini jugalah merupakan masa terbaik untuk anda menilai semula strategi bisnes internet anda dan mula menetapkan strategi dan halatuju untuk tahun 2014.
Tetapkanlah apa yang anda ingin lakukan pada tahun hadapan.
Berapa produk yang bakal anda lancarkan?
Berapa target pelangan yang ingin anda capai?
Apakah seminar-seminar atau workshop-workshop yang ingin anda sertai untuk menambah ilmu anda pada tahun 2014?
Apakah strategi pemasaran yang ingin anda fokuskan pada tahun 2014?
Perancangan anda perlulah teliti agar ia menjadi satu motivasi dan momentum untuk anda sebaik saja anda melangkah kaki ke tahun 2014.
Perancangan yang teliti dengan objektif yang jelas ini akan membolehkan anda mencapai segala target anda pada tahun baru yang bakal menjelang ini.
4. Berikan Semula
Tip berikan semula ini atau dalam Bahasa Inggeris adalah giving back bermaksud untuk menyedarkan kita tentang kepentingan mengembangkan rezeki dan kejayaan kita di dalam bisnes internet dengan cara melakukan kebaikan kepada orang lain.
Sudah tiba masanya untuk kita menilai apakah perkara-perkara yang boleh kita lakukan sebagai seorang usahawan internet pada tahun 2014 dengan tujuan untuk membantu orang lain.
Cara untuk memberikan semula ini adalah seperti melalui derma, bantuan pendidikan, mentoring, memberikan seminar atau menjadi pembantu kepada permulaan bisnes internet orang lain.
Dunia kita pada masa kini dipenuhi dengan ramai individu yang ingin berjaya tetapi masih lagi dibelenggu dengan pelbagai masalah di dalam kehidupan mereka.
Oleh itu, sebagai seorang usahawan internet yang prihatin, kita perlu meluangkan masa dan wang kita untuk membantu orang lain yang memerlukannya.
Tidak semestinya bantuan tersebut perlu sesuatu yang bernilai besar tetapi sudah memadai sekiranya ianya boleh kita lakukan ikhlas.
Insya-Allah segala usaha ikhlas yang kita berikan dengan niat untuk membantu orang lain untuk berjaya akan dibalas oleh Allah S.W.T dengan berlipat kali ganda kepada kita di dalam bisnes dan kehidupan.
Itulah sedikit perkongsian tip yang boleh saya berikan di dalam ruangan yang terhad ini.
Tahun 2013 yang bakal berlabuh bukanlah bermaksud yang kita akan mula berehat dan bersantai. Sebenarnya ia perlu dianggap sebagai sebuah pemangkin untuk kita berusaha dengan lebih gigih dan tekun untuk mencapai segala impian kita untuk tahun 2014 nanti. Saya akan sentiasa mendoakan kejayaan anda.
Salam hormat dan salam kejayaan!
Jejak Usahawan

No Comment to " Tip Akhir Tahun untuk Usahawan Internet "