Kepentingan Sistem Autoresponder Kepada Usahawan Internet

By Kitblogmas Thursday, August 20, 2009
Bisnes Tudung

Anda mungkin sudah tahu apa itu maksud sistem autoresponder dan bagaimana ia bekerja.

Penggunaannya adalah amat penting dalam setiap aktiviti pemasaran menerusi internet kerana ia adalah merupakan PENJAGA ASET yang paling setia buat anda. Antara aset utama bagi seseorang usahawan atau pemasar internet adalah data senarai pelanggan dan prospek mereka.

Mengapa data senarai pelanggan dan prospek ini amat penting buat usahawan internet?

Hal ini adalah kerana dengan adanya data pelanggan iaitu nama dan alamat email mereka, maka usahawan internet dapat menghubungi pelanggan – pelanggan mereka dengan mudah.

Usahawan internet haruslah sentiasa “keep in touch” dengan prospek dan pelanggan mereka kerana hal ini dapat meningkatkan rasa kepercayaan pelanggan terhadap usahawan. Pelanggan akan berasa dihargai apabila usahawan sentiasa menghubungi, mengambil berat serta memantau mereka dari semasa ke semasa.

Sistem autoresponder amat diperlukan untuk proses “keep in touch” ini kerana usahawan internet sudah semestinya tiada masa untuk menghubungi pelanggan mereka satu per satu.

Bayangkan jika anda memiliki 2000 pelanggan yang ingin dihubungi… Apakah anda sanggup menghantar email satu persatu kepada 2000 orang pelanggan tersebut? Sudah tentu tidak!

Disebabkan itulah wujudnya sistem autoresponder ini kerana sistem ini akan membantu anda untuk kerja – kerja penghantaran email. Anda hanya perlu tetapkan “email” yang ingin dikirimkan, dan seterusnya sistem akan beroperasi mengikut arahan anda.

Kerja anda menjadi mudah, tak perlu pening kepala dan semuanya berjalan secara automatik! Itulah sebabnya saya gelarkan sistem autoresponder ini sebagai PENJAGA asset anda.

Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan sistem autoresponder dan cara - cara bagaimana untuk mengaplikasikan sistem autoresponder ke laman web anda,

Post Tags:

Keusahawanan Internet

Blog ini cuba menyampaikan maklumat tentang keusahawanan internet seperti peluang menjana pendapatan secara online melalui program affiliate.

No Comment to " Kepentingan Sistem Autoresponder Kepada Usahawan Internet "