Recent Posts


Ketika kita sibuk nak buat video youtube jelajah sana sini memburu makanan, sorang Uncle cina ni rileks je buat video makanan kebanyakkan hanya di Penang.

Uncle Hock Chai yang ada 20k subscriber ni aku perhatikan video dia rakam ni tak edit sangat. Ada la sikit-sikit sekarang ni.

Kerja dia rakam video gerai ditepi jalan dan kedai makan yang ada di Penang hanya dalam 1-15 minit sahaja.

Dia rakam start berjalan, dia order, orang masak sampai la dia bungkus dan makan.

Dia tak peduli gerai atau kedai cina ke, kedai melayu ke, kedai india ke yang menjual, semua dia rakam.

Lebih 500 video dia upload.

Apa yang aku nak bagitau disini adalah supaya follow cara dia kalau korang jenis malu depan kamera dan tak pandai cakap.

Sekeliling korang banyak sangat kedai makan, gerai tepi jalan dan apa sahaja yang boleh korang rakam.

Peniaga tak marah sebab bagi diorang ini membantu perniagaan diorang juga. Bagitau saja nak masukkan dalam youtube.

Uncle ni sangat konsisten upload, menghasilkan tajuk youtube mesra SEO dan thumbnail yang buat orang nak klik.

Ni antara punca kenapa video dia korang akan jumpa walaupun search 'mee goreng'.

Untuk belajar buat tajuk video youtube memukau penonton supaya klik, cara buat thumbnail menarik dan hasilkan description yang buat bila search jumpa, korang kena dapatkan ebook ni.

Klik sini:
[+] RAHSIA YOUTUBER BERJAYA

Ingat, untuk mula buat youtube, jangan buat sebab duit tapi berkongsi dahulu. Kalau buat kerana nak duit, korang akan cepat give up.


Hussain Mee Goreng 60 Tahun Api Arang

By Kitblogmas → Sunday, June 14, 2020

Kalau buat 10 video youtube tak banyak view, tak ramai subscriber dah give up, baik korang tengok brader ni.

Abang ni kerja dia bawak lori kontena hari-hari. Dan setiap hari dia rakam perjalanan dia bawak lori kontena sambil membebel hal isu semasa.

Boleh tahan juga mulut abang ni pok pek pok pek.

Dia ibaratkan youtube ni diari dia. Dia edit sikit-sikit dan upload perjalanan dia bawak lori kontena.

Bukan semua orang tahu bagaimana kehidupan orang bawak lori kontena ni.

Disebabkan dia rajin rekod dan upload serta tak tak peduli pasal view dan subscriber, sedar tak sedar dia dah upload sebanyak 567 video!

Konsisten beb! Edit pun pakai Kinemaster yang percuma saja.

Dia sambil memandu sembang tak kosong. Ada saja cerita dia. So dia ada konten nak disampaikan.

Headline dia cantik, thumbnail dia juga buat orang rasa nak klik.

Korang yang buat kerja hari-hari tu, apa kata upload kat youtube. Kongsikan apa yang korang buat.

Dalam masa yang sama, belajar hasilkan tajuk, description dan thumbnail yang betul.

Barulah video kita orang nampak dan akan KLIK untuk TONTON.

Belajar buat tajuk youtube power kat sini:

[+] RAHSIA YOUTUBER BERJAYA

P/s: Ebook dah tak banyak. Bila-bila masa saja harga akan naik.

Rahsia Menjadi Youtuber Berjaya

By Kitblogmas →

Ebook ni bukan nak suruh korang kena bankrap untuk jadi kaya.

Ia kisah tentang perjalanan penulis, Hafiz Mansor dalam bisnes dari kecil sampailah sekarang. Jatuh bagun balik. Then jatuh, bangun balik.

Walaupun dia ni masih status bankrap, tapi masih boleh buat duit dan beli macam-macam.

Bankrap ni bukan perkara main-main. Kau punya down dan stress tu silap-silap boleh bunoh diri kalau tak dikawal.

Mana taknya, dulu kau ada macam-macam tapi sebab hutang yang tak dapat dibayar, satu persatu aset kau hilang. Akaun bank kena freeze lagi.

Bukan aset sahaja akan hilang, orang tersayang pun boleh hilang, kawan-kawan hilang, kepercayaan hilang dan sebagainya.

So masa ni baru kau akan sedar yang kau hanya ada Allah!

Real story macam ni yang korang kena baca. Memang korang tak bankrap, tapi banyak pengajaran yang korang kena ambil tahu apa kena buat dan apa jangan buat.

Memang aku rekomen ebook ni untuk korang. Ebook 210 muka surat ni langsung tak boring. Belajar sesuatu yang mahal dari orang yang pernah gagal supaya korang tak lalui benda yang sama.

Harga Ebook ni hanya RM30 sahaja.

Dapatkan sekarang disini sebelum harga naik jadi RM40:

Jika anda rasa perlu bolehlah dapatkan ebook Bangkrap Menjadikan Aku Kaya

Tags:

Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya

By Kitblogmas →

Sebelum ini, saya ada post artikel Jual air balang pun boleh menjana pendapatan sehingga RM7000 sebulan dengan hanya  berniaga air jus buah-buahan di bazar  ramadhan.

Walau bagaimanapun saya tidak ada menyatakan berapakah modal yang diperlukan jika mahu menjalankan perniagaan jual air balang?

Baiklah, untuk tidak menghampakan, disini saya kongsikan anggaran kos secara kasar untuk memulakan perniagaan air balang!

ANGGARAN KOS PERMULAAN!
----------------------------------------------

Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang..

- 1 unit kanopi 10 x10 : RM150
- 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
- 3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
- 2 kerusi : RM 10-RM20
- 1 alas meja : RM30-RM40
- 1 senduk air gula: RM10 (maksima)
- 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
- 1 unit bekas air gula: RM5-10
- 1 pek plastik bungkus Air 7x10 atau 8x12: RM4 – 8(Per pack )
- Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
- 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
- 1 dozen Straw: RM 5-6
- Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)

Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM1,000

BERAPA PULA MODAL HARIAN?
----------------------------------------------
Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang. Ianya bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual!

Kalau jual air soya.. modal tak sampai RM10.

POTENSI JUALAN & UNTUNG?
----------------------------------------------
Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari.

Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3.

Jadi, jualan sehari.. RM3 X 27 bungkus X 5 balang = RM405

Tolak modal harian... RM405 - RM100 = RM305

Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar (lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung atau hari hujan)...

RM305 X 25hari = RM7,625

UNTUNG = RM7,000 beb sebulan!


BAGAIMANA?

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bisnes air balang ini, pastikan anda tidak ketinggalan membaca panduan bisnes air balang ini.

Anggaran kos bisnes air balang

By Kitblogmas → Saturday, June 6, 2020

Seorang peniaga air balang menjadi viral kerana tidak mendapat keuntungan berniaga air balang walaupun air yang dijual tiada kurang rasanya. Memang menyedihkan air balang yang dijual cukup rasa atau sedap tetapi masih tidak berjaya menjana keuntungan. Dalam hal ini tentu ada sesuatu yang tidak kena menyebabkan seseorang itu tidak berjaya menjana pendapatan yang diharapkan. Soal harga kita ketepikan sebab Malaysia keseluruhannya tidak memikirkan harga asalkan sedap. Ambil contoh kopi old town atau tea live.

Menjalankan bisnes ais balang tidak harus dipandang mudah. Mungkin ada yang melihat ia mudah tetapi ia bukan semudah yang dinampak. Perlu ada sedikit ilmu menjalankan bisnes ini sebelum memulakannya. Orang  buat bisnes air balang kita pun buat. Akhirnya orang lain untung, kita pula rugi.

Apapun bisnes yang dijalankan, perkara yang paling penting mesti ada ilmu menjalankan bisnes tersebut. Begitulah juga bisnes air balang yang tidak harus dianggap mudah.

Saya kongsikan 3 tips menjalankan bisnes air balang. Semoga tips ini dapat membantu meningkatkan pendapatan anda.

Lokasi yang selesa

Cari tapak yang membuatkan pengunjung berasa selesa membeli air anda. Sebagai contoh jangan terlalu hampir dengan jalan raya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Jika anda berniaga di tepi jalan raya, cari lokasi yang mempunyai tempat yang luas agar pengunjung mempunyai tempat untuk memberhentikan kereta. Elakkan mendirikan pondok dimana kereta bergerak laju.

Tetap dan berpencen

Maksud di sini ialah perniagaan anda tetap dilokasi dan berjalan pada setiap hari. Jika anda menjalankan perniagaan hari ini ada, esok tidak ada, pelanggan tidak akan perasan kewujudan anda. Bayangkan pelanggan sudah merancang mahu singgah membeli air kemudian sampai dilokasi anda tidak menjalankan perniagaan? Esok pelanggan itu akan terus pecut, kesian. Ini berdasarkan pengalaman peribadi sebagai pembeli.

Biar meriah

Jangan fikir dirikan pondok terasing anda kurang saingan. Itu anggapan yang tidak tepat. Orang suka yang meriah. Kalau boleh biar dalam satu barisan tu semua jual minuman. Biasa pelanggan bukan terus beli, betul tak? Pelanggan akan survey dari hujung ke hujung tengok menu, lepas tu barulah mula beli. Jika anda dirikan pondok terasing jauh dari kumpulan lain, anda akan kesunyian. Lain cerita jika anda berniaga di tepi jalan raya.

Cukuplah tiga tips ini semoga memberi inspirasi. Jika tips ini masih tak cukup, jangan risau kerana dalam panduan bisnes air balang ada banyak tips yang dikongsikan.

Jual air balang tak terusik tak tahu apa yang kurang

By Kitblogmas →

Jana pendapatan sampingan melalui Shopee

Semua orang tidak kira usia, tahu tentang shopee. Kanak-kanak apabila bermain dengan rakan sebaya akan menyanyi shopee shopee Shopee. Semua tahu shopee merupakan antara e-dagang yang terbesar yang menjadi tempat membeli-belah sacara dalam talian. Satu perkara yang semua orang tidak tahu ialah sesiapa sahaja boleh menjana pendapatan melalui shopee.

Kali pertama membeli belah di shopee, saya sendiri menyangka bahawa barang yang dijual di shopee adalah milik shopee. Apabila banyak membaca dan bertanya rupanya jiran saya juga ada menjual di shopee. Sudah tahu jiran buat mestilah mahu mencuba kan. Tambahan pula sebagai ahli Hai-O, mengapa tidak cuba mempelbagai cara pemasaran. Rupanya sudah ramai yang menjual baja ezigrow di shopee.

Boleh menjana sehingga 4 angka dalam seminggu

Berniaga di shopee lumayan ke? Perniagaan tidak selalunya indah tetapi tidak pernah mengecewakan. Kalau kebetulan ramai kehabisan baja, pendapatan dalam seminggu di shopee boleh dapat bersih mencecah 4 angka. Kalau tidak ada pesaing mungkin boleh sampai 5 seminggu. Sekurang-kurangnya offline jalan, online pun jalan.

Susahkah berniaga di shopee

Berniaga di shopee tidaklah rumit sangat selagi seseorang itu pandai membaca dan mengeja. Cuma untuk kali pertama dapat order agak kelam kabut sedikit tapi kalau sudah biasa tidak ada masalah sudah.  Kalau mahu berniaga di shopee saya lebih selesa menggunakan handphon. Muat turun aplikasi shopee. Selesai mendownload aplikasi shopee mulakan langkah seterusnya iaitu login.

Jika mahu menjual di shopee, klik ikon orang yang ada perkataan Me. Paling atas penjuru kiri ada perkataan "start  selling". Klik button start selling kemudian add product. Pertama sekali anda sudah siap-siap gambar produk yang hendak dijual di shopee. Upload gambar yang hendak dijual, kemudian ikuti langkah-langkah seterusnya seperti kategori, harga, stok, berat, kos penghantaran dan seterusnya.

Setelah semua maklumat yang dikehendaki lengkap, klik butang submit dan produk anda sudah online. Seterusnya masa menunggu jualan. Tunggu dengan tenang. Kalau jualan bertalu-talu pun jangan gusar tapi itu biasalah buat kali pertama. Bukan apa nanti ada yang lambat kena post.

Jika masih ada keraguan ada ni panduan berniaga di shopee.

Alamak, saya tiada barang hendak dijual

Apa susah. Kebanyakan yang menjual di shopee bukan ada produk sendiri. Kebanyakannya menggunakan perkhidmatan dropship. Menggunakan khidmat dropship, anda tidak perlu simpan stok. Tidak tahu apa itu dropship boleh baca ni panduan dropship.

Macam mana dapat bayaran dari shopee?

Selepas pembeli buat pengesahan penerimaan produk, duit anda akan dikredit oleh shopee. Kalau pembeli tidak buat pengesahan penerimaan macam mana? Jangan risau kerana tracking code penghantaran kan ada. Selepas pengesahan penerimaan melalui tracking code, dalam beberapa hari shopee akan kreditkan wang anda. Kalau masih ragu lagi Panduan Shopee kan ada. Tinggal baca dan ikut saja panduan yang diajar.

Begitulah ceritanya cara menjana pendapatan melalui shopee.


Jana pendapatan sampingan melalui Shopee

By Kitblogmas → Friday, June 5, 2020
Melihat kepada statistik jangkitan sedunia yang sudah pun melepasi angka 1 juta, itu merupakan petanda bahawa Covid19 tidak akan selesai dalam masa terdekat.

Pandemic selalunya mengambil masa setahun untuk diselesaikan apatah lagi ia melibatkan hampir semua negara yang wujud di muka bumi ni.

Bagi peniaga, sudah pasti ini merupakan perkara yang paling sukar buat mereka. Bisnes tak boleh berjalan seperti biasa dan pendapatan sudah pun terhenti.

Semakin ramai juga orang yang mula buat bisnes secara online dengan harapan ianya semakin mudah dapat tempahan. Namun adakah ianya betul-betul mudah?

Ada peluang bisnes yang lebih mudah untuk anda jana income USD semasa covid19 ni iaitu dengan menjual produk digital di luar negara.

Eh, macam mana pula nak dapatkan produk digital luar negara dan jual di sana?

Dengar macam susah nak buat kan?

Ianya tak susah, hanya perlukan beberapa step sahaja.

1. Anda perlu buat carian produk yang ada permintaan tinggi
2. Anda perlu dapatkan akses produk untuk cuba sendiri
3. Anda perlu promosikan kepada orang yang perlukan produk tersebut
4. Anda akan terima komisen

Semua step ini sangat mudah, anda boleh buatnya bermula hari ini juga. Namun persoalannya yang lebih tepat ialah apa strategi yang anda boleh guna untuk dapatkan kepercayaan orang luar negara untuk beli produk daripada anda yang mereka tak kenal?

Rashvin merupakan pakar dalam perkara ini. Beliau ialah orang Malaysia yang sudah lebih 10 tahun menjana income dalam USD dan beliau menjana $3000 semasa dalam PKP.

Perkara paling menakjubkan ialah beliau hanya ulang step yang sama setiap masa.

Dalam panduannya AffiliateXusd (link) , beliau tunjukkan step dari mencari produk hot untuk dijual sehingga berjaya dapatkan komisen USD pertama.

Semuanya dah lengkap, anda hanya perlu ikut langkah tersebut satu per satu sehingga berjaya dapatkan hasil yang sama sepertinya.

Mengapa anda perlu lakukan sekarang?


Anda lihat sahaja situasi semasa di Malaysia. Semua orang perlukan duit dan panduan ini akan digunakan oleh beratus orang lain selain anda yang inginkan pendapatan tambahan.

Jika mereka mengambil langkah yang lebih awal, maka anda akan ketinggalan jauh di belakang. Mereka sudah mula dapat komisen USD pertama, anda masih duduk di rumah menonton netflix sahaja.

Jadi, bertindak sekarang dah mula dapatkan komisen USD anda hari ini juga, Belajar Cara Jana Pendapatan Dalam USD


Peluang Jana Pendapatan Dalam USD Semasa COvid19

By Kitblogmas → Friday, May 29, 2020